Tuesday, February 22, 2011
Friday, February 18, 2011
inikah yg dikatakan GLOBALISASI?
nape mudah terikut2...tiada kesedaran kot???
Cebisan kata2 dr ILUVISLAM.com
Menyambut Valentine's Day serta melakukan segala perbuatan yang meniru atau menampakkan walau sedikitpun unsur-unsur perayaan ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini merangkumi perbuatan-perbuatan seperti berdua-duaan dengan bukan muhrim, bermanja-manja atau menjalin hubungan cinta dengan penuh romantik secara jelas, melalui Internet, dan lain-lain. Semuanya adalah jelas sama sekali -HARAM
Info dr Google :
"Dalam sejarah Rom, 14 Februari merupakan tarikh cuti khas untuk menperingati Juno, Permaisuri Tuhan-Tuhan Roman. Keesokan hari tersebut, Jamuan Lupercalia pula akan diadakan bagi menyambut hari cuti yang penuh bermakna itu.
Pada masa ini, semua lelaki dan perempuan diasingkan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai satu upacara yang bermula menjelang hari sambutan Perayaan Lupercalia. Pada asasnya, semua nama perempuan akan ditulis di atas sehelai kertas dan kesemua helaian kertas tersebut akan diletakkan di dalam beberapa buah baling khas. Kemudian, setiap lelaki akan cabut sehelai nama dari mana-mana balang dan mereka akan terus menjadi pasangan sepanjang Perayaan itu. Selepas menjadi pasangan, mereka sudah semestinya akan terus berhubung antara satu sama lain sehinggalah sampai satu masa, mereka akan jatuh cinta dan berkahwin.
Raja Rom pada ketika itu, Raja Claudius II, juga dikenali sebagai Raja Kejam Claudius, sedang menghadapi masalah yang besar untuk mengambil pemuda-pemuda lelaki Rom untuk dijadikan sebagai askar. Dia percaya bahawa semua lelaki Rom enggan meninggalkan kekasih mereka serta membatalkan segala pertunangan dan perkahwinan yang telah dijadualkan di seluruh negara. Oleh itu, seorang paderi Rom yang bernama St. Valentine telah bertindak mengahwinkan ramai pasangan kekasih secara rahsia. Namun yang demikian, akhirnya dia ditangkap, ditahan dan dihukum dengan berat. Dia telah dibelasah sehingga mati dan kepalanya dipancung pada 14 Februari sekitar tahun 270.
Jamuan Lupercalia wujud bagi melambangkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan. Pegawai-pegawai gereja dan paderi-paderi dari zaman Awal Kristian telah mengubahsuai Perayaan Lupercalia dengan mengubah salah satu daripada adat resamnya, iaitu tidak meletakkan nama-nama perempuan di dalam kesemua balang tersebut. Mereka menukar kesemua nama tersebut dengan nama-nama orang yang telah berkorban demi agama mereka. Mereka sebulat suara memilih nama serta hari pengorbanan St. Valentine sebagai "Valentine's Day" bagi menggantikan perayaan untuk jamuan itu."
Subscribe to:
Posts (Atom)