GELAK - TAWA - TANGISAN YANG HIBA
Aku bkn sj mahu mengadaptasikan bait-bait lirik lagu Hujan ni...tapi lebih utk menceritakan rasa simpati-sedih-kesian-muhasabah diri. Betul hidup perlu diteruskan tapi tak semudah air liur yang sentiasa merembes dalam mulut kita.
Mungkin kita sering terlupa utk menghargai insan-insan tersayang disekeliling kita. Sering kali kita merungut tanda ketidak-puasan hati. Ya...aku pernah melakukan nya. Dan aku juga bukan sj lupa tapi langsung tidak mengendahkan kenapa ianya berlaku.
Aku bkn mahu menceritakan kisah aku, tapi mahu menceritakan apa yang terpandang disekeliling aku. Agar dapat utk aku menghargai-mengasihi-menginsafi....
Berat mata memandang Berat lagi bahu yang memikul
Kisah seorang sahabat aku. Jika hendak dibandingkan usianya dengan aku memang selayaknya dia seorang Bapa. Dia seorang yang baik, penyayang & suami yang mithali (pd aku la...) ke mn sj pasti bersama. Sanggup berkorban apa sj agar isteri tercinta mencapai cita-citanya. Berapa ramai suami yang mampu melakukannya. Isteri menyambung pengajian bukan sj diperingkat Diploma & Ijazah pertama tapi telah memperolehi Master dlm bidang Kejuruteraan. Beliau mengantikan tugas isteri dlm menjaga anak-anak & rumah tangga. Berkat doa, usaha & dorongan suami tercinta, Alhamdulilah isteri beliau menjawat jawatan Jurutera. Anak-anak membesar dgn sempurna cukup kasih sayang & pendidikan diberi seiring kejayaan isteri.
Allah hanya menguji hamba-Nya yang benar-benar tabah sj. Pada Oktober 2011, si isteri jatuh sakit. Aku & rakan-rakan ada menziarahi beliau di GH. Agak sugul keadaannya. Tanpa disangka isteri beliau kembali ke Rahmatullah dlm masa seminggu di GH akibat Hepatitis B. Kabaran dr rakan-rakan yg menziarahi beliau pengsan dua tiga kali. Beliau mungkin berada dlm keadaan tertekan disamping mempunyai darah tinggi.
Kelmarin tanpa disedari gurauan sahabat-sahabat membuat hati beliau tersentuh. Sedih kerana masih mengenang arwah isteri. Memang perit utk dihadapi, lebih-lebih lagi 3 orang dari 4 orang anak beliau disahkan positif Hepatitis B kerana arwah adalah pembawa. Beliau mengaku lately memang perasan emosi sering menghantui. Lebih-lebih lagi apabila pulang ke kampung, adik-beradik ramai berkumpul. Sedih melihat anak-anak yang tiada beribu.
Aku amat menginsafi keadaan ini. Jika salah seorang dr aku & suami yang pergi menghada Ilahi dlm masa terdekat ini, tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.