Monday, April 5, 2010

Abah Ku Seorang Askar...

realitinyer...from standart 1 (SK Sg Ara, Penang) until form 3 (SMK Buyong Adil, Tapah, Perak) ni le transport yg akan bw aku n kengkwn ke sekolah. Cukup seronok...open air. Paling best bila dpt dok depan. tu la special membesar sbg anak seorang askar.
Abah memulakan tugas di Sabah dan berhjrah ke Penang, disitulah aku dilahirkan. Setelah tu kami berhijrah ke Sri Aman, Sarawak semasa aku di standart 3.
Pengalaman pertama menaiki pesawat penerbangan tentera apa ntah namanya kalu x salah la...abah kata 'Charlie'. Masa tu...aku mmg sgt hafal nama2 pesawat tentera ni e.g. Caribou, Skyhawk, AirWolf...ni kesan dr citer Ultraman. hehehe....;) 1 lg Nuri pesawat yg byk meragut nyawa ni semua org kenal sbb selalu kuar surat kabor. Dulu mn ada Sukoi hehehe.....Lebih kurang 3thn gak berada di Pedalaman Sarawak berkwn dgn suku kaum Iban. Cikgu aku pn 80% Iban n Melanau.Sepanjang 3thn diperantauan rasa2nya ada 2 kali balik ke Semenanjung. Cuti sekolah bergantung pd cuti abah, sekolah pn dlm kawasan kem. Sekali blk Semenanjung 3 bln kot aku pn x ingat la. So, aku mmg x tau cuti Semester. 1st time balik menggunakan pesawat MAS n 2nd time blk menggunakan kapal laut Nusa Pejuang namanya lg syok seminggu baru sampai. Thn ke 3 kami blk ke Semenanjung n menetap di Tapah, Perak.

Slps tamat SPM aku ada menyimpan hasrat mengikut jejak abah. Walaupun, DISOKONG 100% oleh abah TETAPI 100% jua aku dpt BANTAHAN dr mak. Telah ditentukan setiap perkataan yg keluar dr mulut seorang IBU adalah DOA. She's always rite. Si Ibu x mahu anak2nya menjadi askar. Beliau x sanggup menanggung kelangsungan pengorbanan sbg isteri tentera suatu ketika dulu. Menguruskan anak2 tanpa kehadiran suami apabila Si Suami terpaksa melaksanakan tugas utk negara. Semasa berusia 1thn lebih aku sakit tenat, abah ketika itu Operasi di Gubir, Kedah. Tiada khabaran ttg Si Anak yg beliau ketahui shgga beliau pulang ke rumah stlh tamat operasi. Kepulangannya tiada isteri yg menyambut hnya maklumkan dr jiran bahwa kami di GH, Penang. Sejarah berulang kembali semasa di Sri Aman, kenakalan adik menyebabkan 3 lembar urat ibu kaki adik putus. Abah hnya brsama kami stlh adik dibenarkan pulang esk harinya. Sekali lg, abah tiada bersama kami disaat kami benar2 perlukan beliau.Ketika itu abah Operasi di Lok Kawi, Sabah selama 3 bln.

Kini, semua tu adalah kenangan yg x semua insan boleh dpt kecuali dia adalah ANAK SEORANG ASKAR.

1 comment:

Anonymous said...

ye saya tahun 1992 ke sabah ikut abah saya yang posting ke sandakan pun naik kapal nusa pejuang....ada lagi ke kapal tu?