Tuesday, December 11, 2012

Travellog Mt. Kinabalu 14 July 2012 (Part II)

dari googles


dari trail map ni...nampak mudah je kan. huh pada aku setiap kali tiba di shelter yang ada adalah kenikmatan yang tidak terhingga katanya. secara logic matematik nya 4095.2m (100m = 1km) lebih kurang 41km tak leh nak buat solat jamak pun tak sampai 10 marhalah. apa aku melalut ni.
the challenges has began....senyum je semua. lepas ni gambar dah comot dan semua susah nak senyum.
 
lepas melalui anak-anak tangga ala bersiar-siar sebab landai je sejauh 0.5m jumpa la...Carson Waterfall ni. Muka ada sin-yum lagi....

 Linda boleh peace lagi kira ok la tu....
 
haha...mula dah jumpa tangga. Prosedur mengembang lubang hidung
nenek, nenek, nenek si bongkok tiga...
 
poyo je...baru sampai Pondok Kandis. Laban Rata jauh lagi wei....

  

Friday, November 30, 2012

Travellog Mt. Kinabalu 14 July 2012 (Part I)

6.27 am
7.37 am
8.47 am
Puncak Gunung Kinabalu yang masih belum dilitupi awan.

Tak semudah lidah berbicara. Disini terujinya segalanya untuk menawan puncak Gunung Kinabalu pada ketinggian 4095.2m. Denai laluannya agak mudah sebenarnya yang menjadi kesukaran adalah diri sendiri menangani cabaran suhu dan cuaca yang sejuk, kekurangan oksigen pada altitud yang tinggi dan ketahanan mental.Tidak semua mampu ke puncak walaupun telah berada di Laban Rata atau Pondok Sayat-sayat. Ramai yang "piawai"....kena well training jgn tipu.

I'm ready!
Aku dah cuba reduce semua keperluan semuanya minimum.
Tapi masih berat beg aku...confirm aku tak mampu.
Tak sanggup nak susahkan kawan-kawan.
tunggu shuttle bawa ke Timpohon Gate
khidmat poter tak dilupakan.
jasamu dikenang Felix (biru) huhu dah mcm majlis pencen je..

Pada yang rasa-rasa tak berkeyakinan mampu memikul beg macam aku ni. Beg 12kg sebab air minum 1.5L dah buntu aku yang patut dikeluarkan semuanya aku pakai dipuncak. So, upah la poter yang gagah ni RM8/kg sampai Laban Rata dan turun.

Friday, October 19, 2012

Natural sounds in Ranau

Natural sound in Ranau. Love it!
Jika diberi pilihan untuk melancong antara destinasi membeli-belah atau destinasi alam semulajadi. Jawapan yang pasti lagi tepat untuk aku adalah ALAM SEMULAJADI. 
Ranau adalah daerah manakala Kundasang adalah pekan didalam daerah Ranau. Huh jenuh nak memahamkan Geografi Sabah ni. Disini juga ada lombong tembaga a.k.a Lombong Mamut yang telah ditutup pada tahun 1999.

Destinasi kami sebelum check-in di Kinabalu Park adalah ke Poring Hot Spring di Ranau. Cuaca di Kundasang tak banyak bezanya dengan Cameron Highland. Subhanallah....kehijauan alam semulajadi yang diselubungi kabus menarik perhatian aku yang terpukau menikmati ciptaan-Nya. Serius aku jatuh cinta dengan tempat sebegini. Kami singgah di gerai tepian jalan yang menjual hasil tani bumi Sabah. 



menikmati keropok bayam.
Sempat juga aku membeli beras bukit a.k.a beras huma a.k.a beras hitam Kundasang.Ianya ditanam dilereng-lereng bukit di Kundasang secara huma. Sekilas pandang macam beras pulut hitam tapi gemuk macam beras Sumo yang untuk masak Sushi tu, baik untuk kesihatan ianya kurang berkanji. Disitu ada 3 jenis beras huma & aku memilih untuk membeli yang hitam. Harga sepeket 1/2 kg RM10 ni harga Ranau yea...ini kerana kebiasaannya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau"
Sampai sudah di Poring Hot Spring

Gerai cenderahati di hadapan Poring Hot Spring
Let's Canopy Walkway
Sungai yang menjadi sumber air kepada hidupan kini telah tercemar. Kandungan asid dalam air sungai ini sangat tinggi sehingga tidak dibenarkan mandi & minum. Lombong Mamut yang mengandungi tembaga menjadi menyumbang kepada pencemaran ini.
Sungai Mamut-kelihatan best je kalau mandikan...
Besar ooo ulat gonggok ni...
Gambar bersama sebelum melalui canopy walkway
Sebenarnya aku dah gayat ni....
Tidak disyorkan kepada yang gayat, sakit jantung & darah tinggi....
Group yang terawal melaui canopy walkway



Panas oooo

Lapar giler....singgah beli chicken wing bakar a.k.a Sayap di Ranau.
Gerai ini ada jual sayap & bontot ayam (seperti yang tercatat di gerai yea)
Tokei kedai bernama Abu dikenali sebagai Abu Sayap
Aiseh En.Wak sempat lagi shoot pic tengah makan. Ahh aku dah tak peduli.

Semua dah kepenatan....check-in di Kinabalu Park then dinner. Semua kebuluran dalam kesejukkan hahahaha....

Tuesday, October 16, 2012

The Beauty of Tamparuli, Sabah

Perjalanan diteruskan hingga ke Tamparuli, Sabah

Jambatan Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku

Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Pak pak kang ku doh
Bakasut tinggi oku

Silaka nodi kasutku
Naratu lo jambatan
Tinggal poh doh sutakin
Nowid ku di numuli

Ontok di hari 3
Tamu lo Tamparuli
Mingusuk poh hilo kadai
Mogihum doh kasut tinggi


Kesuntukkan masa kami tak dapat singgah di Jambatan Tamparuli yang sebenar. Hanya by pass jambatan gantung Kg. Damat. huhuhu aku memang suka sangat sangat sangat dengan jambatan lagi lagi Suspension Bridge ni... hahaha Engineer passion memang macam tu. Oleh itu, kunjungan ke Sabah akan datang lokasi wajib di sini. ceh...baiknyer statement Jambatan Karai a.k.a Victoria Bridge pun aku tak sempat pergi lagi. So dengan terharu nya aku terpaksa menggunakan gambar Jambatan Tamparuli dari www.mysabah.com

Tamparuli Hanging Bridge
walking on Jambatan Tamparuli
Jambatan Tamparulisignage of Jambatan Tamparuli

"The Upside Down House of Borneo" a.k.a Rumah Terbalik Borneo
tak jauh dari Kg. Damat kami melalui pula rumah terbalik pun di kawasan Tamparuli.
Ooppss! Rules and Regulations....

kredit gambar
gambar semasa Under Construction
kredit gambar
kredit gambar
kredit gambar
gambar2 yang aku ambik dari blogspot2 tertentu adalah bertujuan memperjelaskan lagi sekitar kawasan berkenaan kerana kekangan kemampuan aku untuk melakukannya sendiri.


West Coast Division of Sabah


Banyak perubahan Kota Kinabalu compare dgn pertama kali aku jejak ke sana pada tahun Jun 2009. Tapi pada masa itu, destinasi kunjungan aku ke Sabah disekitar Papar. Salah satu kawasan di selatam Bahagian Pantai Barat Sabah.
Kunjungan kali ini masih dalam Bahagian Pantai Barat Sabah tetapi ke kawasan Likas, Tuaran, Kundasang & Ranau. So, aku sengaja membuka entri ini semata-mata untuk pemandangan sekitar Kota Kinabalu hingga ke Likas.

Bulatan pertama selepas keluar dari kawasan Terminal 2 Kota Kinabalu untuk ke Pusat Bandaraya.
Harbour City

Ming Garden Hotel
Tang Dynasty Park Hotel
 
  Menara BSN
King Park Hotel
Horizon Hotel
 
Kinabalu Daya Hotel
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Gambar Kredit to blog.kurieezamzuri.com
Mercu tanda Jesselton
For Bagpackers : Rainforest Resort Lodge

Lembaga Pelabuhan Sabah
 
Bulatan Bunga Raya menuju ke Sepangar

 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu a.k.a Masjid Terapung Kota Kinabalu
 
 Gambar Kredit to Duniasunawan 
 
Inilah pula gambar dari sisi masjid dan kredit kepada Mosques.

Tak banyak gambar dapat aku shoot kerana perlu merehatkan mata sebelum tiba di Ranau.