Natural sound in Ranau. Love it!
Jika diberi pilihan untuk melancong antara destinasi membeli-belah atau destinasi alam semulajadi. Jawapan yang pasti lagi tepat untuk aku adalah ALAM SEMULAJADI.
Ranau adalah daerah manakala Kundasang adalah pekan didalam daerah Ranau. Huh jenuh nak memahamkan Geografi Sabah ni. Disini juga ada lombong tembaga a.k.a Lombong Mamut yang telah ditutup pada tahun 1999.
Destinasi kami sebelum check-in di Kinabalu Park adalah ke Poring Hot Spring di Ranau. Cuaca di Kundasang tak banyak bezanya dengan Cameron Highland. Subhanallah....kehijauan
alam semulajadi yang diselubungi kabus menarik perhatian aku yang
terpukau menikmati ciptaan-Nya. Serius aku jatuh cinta dengan tempat sebegini. Kami singgah di gerai tepian jalan yang
menjual hasil tani bumi Sabah.
|
menikmati keropok bayam. |
Sempat juga aku membeli beras bukit a.k.a beras huma a.k.a beras hitam Kundasang.Ianya ditanam dilereng-lereng bukit di Kundasang secara huma. Sekilas pandang macam beras pulut hitam tapi gemuk macam beras Sumo yang untuk masak Sushi tu, baik untuk kesihatan ianya kurang berkanji. Disitu ada 3 jenis beras huma & aku memilih untuk membeli yang hitam. Harga sepeket 1/2 kg RM10 ni harga Ranau yea...
ini kerana kebiasaannya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan
tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini
yang berbukit bukau".
|
Sampai sudah di Poring Hot Spring |
|
Gerai cenderahati di hadapan Poring Hot Spring |
|
Let's Canopy Walkway |
Sungai yang menjadi sumber air kepada hidupan kini telah tercemar.
Kandungan asid dalam air sungai ini sangat tinggi sehingga tidak
dibenarkan mandi & minum. Lombong Mamut yang mengandungi tembaga
menjadi menyumbang kepada pencemaran ini.
|
Sungai Mamut-kelihatan best je kalau mandikan... |
|
Besar ooo ulat gonggok ni... |
|
Gambar bersama sebelum melalui canopy walkway |
|
Sebenarnya aku dah gayat ni.... |
Tidak disyorkan kepada yang gayat, sakit jantung & darah tinggi....
|
Group yang terawal melaui canopy walkway |
|
Panas oooo |
|
Lapar giler....singgah beli chicken wing bakar a.k.a Sayap di Ranau.
Gerai ini ada jual sayap & bontot ayam (seperti yang tercatat di gerai yea)
Tokei kedai bernama Abu dikenali sebagai Abu Sayap |
|
Aiseh En.Wak sempat lagi shoot pic tengah makan. Ahh aku dah tak peduli. |
Semua dah kepenatan....check-in di Kinabalu Park then dinner. Semua kebuluran dalam kesejukkan hahahaha....
No comments:
Post a Comment