Wednesday, March 14, 2012

Diam!

 
Diam... Pendiam... Berdiam...


Kata asalnya masih DIAM namun membawa erti yang lain apabila ditambah kata sifat atau kata kerja. hahaha...masih mampu mengingati subjek Tatabahasa yang diajarkan Cikgu Jamaliah. 
Sifat semulajadi aku bukanlah Pendiam dan aku tak mampu untuk duduk diam. Tapi kadangkala aku suka berdiam.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." 
(Mutafaq 'alaih)

BERDIAM tidak bererti aku kalah juga merupakan yang terbaik untuk mengelak diri dari sesuatu yang buruk. Itu pesan Cikgu...sebenarnya aku masih menang dalam melawan sifat amarah. Betul....aku sedang berada dalam zon ketidakpuasan hati. Tapi terlajak perahu boleh berundur terlajak kata-kata badana binasa. Pada aku mudah saja, selagi aku berdiri ditempat yang betul aku tidak akan berganjak dan mendendami perkara itu. Tetapi jika aku tahu itu memang kesilapan yang tidak wajar aku dilakukan. Aku akan secara memohon MAAF.

Salah ke aku berdiam dari memperkatakan perkara yang LAGHA. 
Aku jua TIDAK MENYAMPUK apa yang sedang dibualkan oleh orang tua jika perkara itu tidak berkaitan dengan aku (pesan mak~ nanti cepat tua katanya. Itu pasal agaknya sering dianggap muda oleh officemate)
GOOD LISTENER...Tidak sesekali aku mempertikaikan atau bersetuju tentang perkara yang cuba disampaikan oleh seseorang yang tiada ilmu (langsung tidak faham perkara yang disampaikan tetapi cuba mengulas dengan idea yang hanya mendengar dari ahli mesyuarat meja senget).

Langkah berdiam yang telah menjadi darah daging aku telah disalah erti oleh mereka yang tiada ilmu. Aku faham Hamba Allah tersebut tidak berilmu kerana setiap perkara yang diperkatakannya bukan disebabkan dia benar-benar tahu tetapi hanya idea yang diperolehi semasa "persidangan meja senget" a.k.a surirumah yang suka berkumpul sambil berbual berjam-jam bersama rakan "sejawatnya".


huh ~ sedih kerana perkara ini melibatkan ahli keluarga.

No comments: