Kursus punya pasal terjejak aku di A'Famosa Resort, Alor Gajah Melaka selama 3H2M. Lepas je habis kursus , sebelah petang kami "menjongket" le...
Hari pertama
kami pusing2 A'Famosa Resort guna shuttle untuk ke Water World, Dinosours Park & Animal World. RM1 per destinasi pergi balik RM2 le....
Boleh tahan la...tiket masuk ke theme park. Kami tak boleh masuk sebab kaunter tiket dah tutup. Hanya dapat posing je....
Dalam perjalan balik ke hotel aku ternampak banglo ni....pergh cantiknya. Kalau setakat makan gaji macam aku ni...sampai nazak pun belum tentu dapat memiliki rumah besar macam ni....
Hari kedua
Malam terakhir aku di A'Famosa Resort. Pihak pengurusan hotel memberi kami tiket free ke Cowboy Town. Yap yap yea...le jawap nye. Awal aku & kawan2 dinner malam tu. Mentang2 la boleh jamak dengan Solat Isyak. Lepas makan, kami menapak ke Cowboy Town. Disambut dengan lagu2 bertema cowboy & penari2 yg berpakaian ala cowboy. Aku ingat ada pertunjukkan cowboy tembak2 sambil naik kuda. Sekali pertunjukkan red indian sembur2 api.
Perarakan haiwan2....huhuhu cerdik betul haiwan sarkas ni. paling aku teruja burung merpati yang dilepaskan pandai buat U-turn. Ayam2 yg gebu tu...utk tema Chicken Run.
Pertunjukkan tarian kebudayaan pun ada. Tarian jingling nona confirm la ada.
No comments:
Post a Comment