Wednesday, June 20, 2012

21 hari sebelum.....

suspen wei....macam-macam bermain dalam kepala otak aku ni. Mampu ke aku menawan puncak Kinabalu ni??? ke cuma dapat sijil photostat hitam putih je... Apa2 pun aku dah sedaya upaya training, kelengkapan  yang ringan je aku dapatkan omputih kata light weight. huh habis semua sampai baju & seluar pun nak yang Quick Dry Technology.

CABARAN semasa...semua aktiviti lapangan terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca berjerubu dengan IPU mencapai 84 (Jalan Tasek, IPOH). Oleh itu, aku perlu meneroka kawasan latihan yang kurang berjerubu bagi menjamin kesihatan. Elok-elok boleh mendaki, tak pasal-pasal sakit kerana terdedah dengan udara yang berjerubu.



Tuesday, June 12, 2012

Re-use...I like it!

Aku tak mau explain banyak-banyak gambar dah menjelaskan segalanya. Sangat practical pada aku.
aku jumpa idea ni di http://akudanblog-zures.blogspot.com/

Friday, June 8, 2012

Lavender atau lavendel atau Lavandula


Lavender I'm in love! 
Image Detail
[lavender_fields_02.jpg]

Boleh tak kalu aku nak kata macam tu. Rasa bahagia je kalu dapat berguling-guling di atas lavender yang wangi tu. Lihat saja raut wajah kanak-kanak yang berlari disekitar ladang lavender tu...sungguh ceria.
Aku lagi teruja jika dapat memegang lavender yang telah diikat secekak macam ni... Senang untuk aku hempuk-hempuk biar bertabur semua kelopaknya mewangi sekitar aku. Tapi aku tak mampu lagi untuk melakukan sebegitu. InsyaAllah jika berkemampuan pasti akan jadi kenyataan. Namun yang pasti, Bantal lavender AKEMI jadi pilihan aku....
Image Detail
huh! kewangian bantal ni tak memenuhi level spec. deria bau aku. boleh tak cakap macam tu....

Wednesday, June 6, 2012

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part III)

yap yap yea.....!
We have conquered the Reserved Forest Bukit Kinta.
Tongkat Ali.
Lastly...bau yang aku terhidu bukanlah bau petai/jering sebenarnya. Ianya adalah bau dari penghuni tetap belantara. Menurut FIL aku, berdasar pengalaman beliau menjadi home guard dulu-dulu bau tersebut adalah bau badan icon Maybank. Mungkin disitu adalah laluannya.

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part II)

Pendakian kami bermula pada 10.00 pagi. Mengikut orang asli yang menjadi pemandu arah kami pendakian mengambil masa 1jam 30minit. hahahaha ternyata ianya meleset sama sekali. Selepas 45minit pendakian kami bertemu dengan satu-satunya punca air. Kami tidak berhenti terlalu lama disini. Sesungguhnya deria bau aku tersangat la tajam. huh dah macam anjing pengesan pulak. Aku terhidu bau jering/petai. Hati mula tertanya-tanya sambil mata memerhati sekeliling "macam tak nampak pokok petai atau jering je"....(Part last aku citer bau apakah itu?)
 
Pacat mencari mangsa melalui haba yang berjaya dikesan.
lebah kelulut
 aku dah lupa apa ke namanya pokok ni...
 
Pokok Meranti Merah kata pemandu arah kami. Aku memang tak kenal langsung species pokok-pokok balak ni. Dulu ada belajar modul Teknologi Kayu tapi biasa la...aku dah lupa. Tapi yang pasti pokok ni mesti tinggi nilainya dipasaran.
Kawasan batu besar-besar ni menunjukkan perjalanan sudah semakin hampir. Orang asli panggil lata kalau kawasan macam ni. Aku pulak faham lata tu air terjun. Lama-lama baru aku dapat 'tangkap' apa LATA yang sebenar dimaksudkannya.
Kesan dari aktiviti Si Bab! selepas ni...perjalanan hanya mendatar saja mungkin telah ditarah oleh pembalak.
sudah hampir di tempat seeing view. Puncak?? lain kali kot...mostly pendaki menikmati pemandangan di kawasan ni.
 
satu-satunya kubang yang aku jumpa dikawasan datar.
Pokok Tebangan yang telah ditandakan JPN Perak.
Selamat kena tembang dah pun.....
 Jalan mati?? bukan juga....bekas pembalakan.
Pemandangan yang disajikan. erm...cuaca sedikit berkabus