Wednesday, June 6, 2012

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part II)

Pendakian kami bermula pada 10.00 pagi. Mengikut orang asli yang menjadi pemandu arah kami pendakian mengambil masa 1jam 30minit. hahahaha ternyata ianya meleset sama sekali. Selepas 45minit pendakian kami bertemu dengan satu-satunya punca air. Kami tidak berhenti terlalu lama disini. Sesungguhnya deria bau aku tersangat la tajam. huh dah macam anjing pengesan pulak. Aku terhidu bau jering/petai. Hati mula tertanya-tanya sambil mata memerhati sekeliling "macam tak nampak pokok petai atau jering je"....(Part last aku citer bau apakah itu?)
 
Pacat mencari mangsa melalui haba yang berjaya dikesan.
lebah kelulut
 aku dah lupa apa ke namanya pokok ni...
 
Pokok Meranti Merah kata pemandu arah kami. Aku memang tak kenal langsung species pokok-pokok balak ni. Dulu ada belajar modul Teknologi Kayu tapi biasa la...aku dah lupa. Tapi yang pasti pokok ni mesti tinggi nilainya dipasaran.
Kawasan batu besar-besar ni menunjukkan perjalanan sudah semakin hampir. Orang asli panggil lata kalau kawasan macam ni. Aku pulak faham lata tu air terjun. Lama-lama baru aku dapat 'tangkap' apa LATA yang sebenar dimaksudkannya.
Kesan dari aktiviti Si Bab! selepas ni...perjalanan hanya mendatar saja mungkin telah ditarah oleh pembalak.
sudah hampir di tempat seeing view. Puncak?? lain kali kot...mostly pendaki menikmati pemandangan di kawasan ni.
 
satu-satunya kubang yang aku jumpa dikawasan datar.
Pokok Tebangan yang telah ditandakan JPN Perak.
Selamat kena tembang dah pun.....
 Jalan mati?? bukan juga....bekas pembalakan.
Pemandangan yang disajikan. erm...cuaca sedikit berkabus

No comments: