Monday, October 15, 2012

Journey to conquere the Mt. Kinabalu

AK 5100 K.KINABALU 06:30
Sebenarnya kalau nak travel sendiri ala backpackers pun OK. Kos lebih jimat tak perlu tanggung kos travel agent. Tetapi kena bersyarat semuanya well manage kerana misi kami bukannyer untuk berjimba ramba sambil menghabis RM. Misi menawan puncak Kinabalu sehingga ke Low's Peak itu yang penting.






Alhamdulilah...Safely landing.
1 beg missing.....huhuhu Jurutera Dearah a.k.a JD (baju kuning) saper tak kenal? Pengerusi JD SeMalaysia. Boss macam dah hangin jek...sabor banyak2 yea. Beg En.Khairul a.k.a "Black" tidak ditemui. Selepas tracking dengan kaunter beg beliau telah tiba di Pulau Langkawi. Aiseh....Apa kes? Kelengkapan penting "Black" untuk mendaki seperti rain coat & glove ada dalam beg tu termasuk 2 kotak rokok Dunhill....huh kacau. Benda penting pulak tu lain la kalau kau kebal pada suhu sejuk dipuncak nanti. Masak betul! Perbincangan dibuat antara Air Asia, Travel Agent & "Black" kata putus diperolehi....beg beliau akan didatangkan khas dari Langkawi ke Kota Kinabalu terus ke Kinabalu Park, Kundasang paling lewat tengah malam. Pergh.....special despatch.
 meninggal Terminal 2 untuk ke tempat mim-alif-kap-nun.....lapo seh!
 
Lunch di Restoran Sei Melaka. Jangan confuse pulak....kami tidak ke Melaka masih di Sabah bah. Jemput makan bah. Disebabkan kelaparan hanya gambar paling ringkas je...menu yang paling special midin (Stenochlaena palustris) goreng belacan

http://kenyalang.net/suria/wp-content/uploads/2011/08/midin-belacan.jpg
copy dari google
http://my.mustaffa.org/wp-content/uploads/2012/09/wpid-IMG_20120829_094209.jpg
copy dari google
 Keperluan "Black" perlu beli gak as backup. Lagi2 stok "penyambung nyawa" dia.
JD dah boleh senyum dapat ketam......

Wednesday, June 20, 2012

21 hari sebelum.....

suspen wei....macam-macam bermain dalam kepala otak aku ni. Mampu ke aku menawan puncak Kinabalu ni??? ke cuma dapat sijil photostat hitam putih je... Apa2 pun aku dah sedaya upaya training, kelengkapan  yang ringan je aku dapatkan omputih kata light weight. huh habis semua sampai baju & seluar pun nak yang Quick Dry Technology.

CABARAN semasa...semua aktiviti lapangan terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca berjerubu dengan IPU mencapai 84 (Jalan Tasek, IPOH). Oleh itu, aku perlu meneroka kawasan latihan yang kurang berjerubu bagi menjamin kesihatan. Elok-elok boleh mendaki, tak pasal-pasal sakit kerana terdedah dengan udara yang berjerubu.



Tuesday, June 12, 2012

Re-use...I like it!

Aku tak mau explain banyak-banyak gambar dah menjelaskan segalanya. Sangat practical pada aku.
aku jumpa idea ni di http://akudanblog-zures.blogspot.com/

Friday, June 8, 2012

Lavender atau lavendel atau Lavandula


Lavender I'm in love! 
Image Detail
[lavender_fields_02.jpg]

Boleh tak kalu aku nak kata macam tu. Rasa bahagia je kalu dapat berguling-guling di atas lavender yang wangi tu. Lihat saja raut wajah kanak-kanak yang berlari disekitar ladang lavender tu...sungguh ceria.
Aku lagi teruja jika dapat memegang lavender yang telah diikat secekak macam ni... Senang untuk aku hempuk-hempuk biar bertabur semua kelopaknya mewangi sekitar aku. Tapi aku tak mampu lagi untuk melakukan sebegitu. InsyaAllah jika berkemampuan pasti akan jadi kenyataan. Namun yang pasti, Bantal lavender AKEMI jadi pilihan aku....
Image Detail
huh! kewangian bantal ni tak memenuhi level spec. deria bau aku. boleh tak cakap macam tu....

Wednesday, June 6, 2012

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part III)

yap yap yea.....!
We have conquered the Reserved Forest Bukit Kinta.
Tongkat Ali.
Lastly...bau yang aku terhidu bukanlah bau petai/jering sebenarnya. Ianya adalah bau dari penghuni tetap belantara. Menurut FIL aku, berdasar pengalaman beliau menjadi home guard dulu-dulu bau tersebut adalah bau badan icon Maybank. Mungkin disitu adalah laluannya.

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part II)

Pendakian kami bermula pada 10.00 pagi. Mengikut orang asli yang menjadi pemandu arah kami pendakian mengambil masa 1jam 30minit. hahahaha ternyata ianya meleset sama sekali. Selepas 45minit pendakian kami bertemu dengan satu-satunya punca air. Kami tidak berhenti terlalu lama disini. Sesungguhnya deria bau aku tersangat la tajam. huh dah macam anjing pengesan pulak. Aku terhidu bau jering/petai. Hati mula tertanya-tanya sambil mata memerhati sekeliling "macam tak nampak pokok petai atau jering je"....(Part last aku citer bau apakah itu?)
 
Pacat mencari mangsa melalui haba yang berjaya dikesan.
lebah kelulut
 aku dah lupa apa ke namanya pokok ni...
 
Pokok Meranti Merah kata pemandu arah kami. Aku memang tak kenal langsung species pokok-pokok balak ni. Dulu ada belajar modul Teknologi Kayu tapi biasa la...aku dah lupa. Tapi yang pasti pokok ni mesti tinggi nilainya dipasaran.
Kawasan batu besar-besar ni menunjukkan perjalanan sudah semakin hampir. Orang asli panggil lata kalau kawasan macam ni. Aku pulak faham lata tu air terjun. Lama-lama baru aku dapat 'tangkap' apa LATA yang sebenar dimaksudkannya.
Kesan dari aktiviti Si Bab! selepas ni...perjalanan hanya mendatar saja mungkin telah ditarah oleh pembalak.
sudah hampir di tempat seeing view. Puncak?? lain kali kot...mostly pendaki menikmati pemandangan di kawasan ni.
 
satu-satunya kubang yang aku jumpa dikawasan datar.
Pokok Tebangan yang telah ditandakan JPN Perak.
Selamat kena tembang dah pun.....
 Jalan mati?? bukan juga....bekas pembalakan.
Pemandangan yang disajikan. erm...cuaca sedikit berkabus

Tuesday, May 29, 2012

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part I)

Penat bangat...sehingga mengambil keputusan untuk cuti rehat esoknya. Perbincangan ringkas antara aku & hb telah mencetuskan idea utk meredah hutan. Ulu Geroh,Gopeng jadi pilihan, kedamaian hutan di sana memang menambat hati aku.
Perjalanan dari Ipoh ke Gopeng tak jauh mana pun. Selepas keluar highway Gopeng ikut laluan kiri menuju ke Kg. Sg. Itek tak berapa jauh pun. Jalan kampung agak sempit. Pada yang suka Eco-Pelancongan amat sesuai.  
Gaharu Tea Plantation
Replika bunga Refflesia sebagai penunjuk arah
Antara penginapan yang disediakan di mygopengresort
Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta, serius aku tak aspek pun denai Bukit Kinta macam tak dilalui orang. Tapi itu lah kenyataannya. Mujur kami mengupah pemandu arah dikalangan orang asli suku Semai disitu. Bukit yang terakhir dalam gambar kelihatan rendah je...orang asli tempatan menggelar Bukit Kinta ini sebagai Gunung Cantik. Ketinggian aku sendiri tak pasti...tapi maklumat topografi yang aku perolehi di laman sesawang lebih kurang 600m.
Permulaan denai ke Bukit Kinta.
Kenderaan boleh ditinggalkan berhampiran sini dengar bayaran kereta : RM1, motorsikal : 50sen
huh~lantai denainya yang licin dipenuhi dek daun-daun pokok hutan yang kering sehingga langsung tak nampak tanah. Kami cuma mengharapkan tanda laluan yang telah dibuat pendaki terdahulu saja. Kalau mengharapkan jejak memang tak kelihatan.