Wednesday, January 25, 2012

Lesung batu...

p/s aku pinjam pic ni dr googles nanti aku gantikan pic lesung batu aku punya.

CNY yg lepas aku & hubby macam tiada aktiviti. Perancangan awal mahu bercuti ke Pangkor tapi memandangkan musim hujan & ribut yang belum berkesudahan maka dibatalkan. Aku mengubah untuk jungle trekking di Bukit Larut lama aku tak jumpa air terjun yang comel dilaluan denai mendaki. Tapi terbatal juga disebabkan hujan denai mendaki mesti licin lagi membahayakan. Kalau nak mendaki ikut laluan jalan raya tiada masalah. Sekarang pun tengah musim tulip berbunga mekar.
Kami singgah ke "Super K" a.k.a Super Kinta shopping mall yang paling top dolu-dulu tapi sekarang dah lama berkubur. Bahagian bawah bangunan Super K ni...ada kedai-kedai menjual macam-macam barang. Harga pun murah sebab sewanyer murah.
Aku saja berbual kosong dgn hubby yang masih belum memiliki lesung batu. Hubby aku kata zaman orang pakai blender perlu lagi ke lesung batu. Pada aku perlu la...lagi-lagi apabila elektrik tiada. Dalam aku asyik di kedai bundle...hubby aku hilang dari pandang. Aku tak kisah pun mesti dia ke kedai kawan nya berdekatan situ juga.
hahaha...rupanya dia belikan aku lesung batu tapi cantik gile sayang aku nak guna comel. Harga yang tertulis RM28.00, mahalnye....kedekutkan aku ni. Tapi hubby aku beli dgn harga RM15.00 je...marble. serupa macam dalam gambar ni tapi corak je lain. Macam aku tak guna je...sebab lawa.

No comments: