Friday, January 27, 2012

Bila aku sudah tiada...

GELAK - TAWA - TANGISAN YANG HIBA
Aku bkn sj mahu mengadaptasikan bait-bait lirik lagu Hujan ni...tapi lebih utk menceritakan rasa simpati-sedih-kesian-muhasabah diri. Ia betul hidup perlu diteruskan tapi tak semudah air liur yang sentiasa merembes dalam mulut kita. 
Mungkin kita sering terlupa utk menghargai insan-insan tersayang disekeliling kita. Sering kali kita merungut tanda ketidak-puasan hati. Ya...aku pernah melakukan nya. Dan aku juga bukan sj lupa tapi langsung tidak mengendahkan kenapa ianya berlaku.
Aku bkn mahu menceritakan kisah aku, tapi mahu menceritakan apa yang terpandang disekeliling aku. Agar dapat utk aku menghargai-mengasihi-menginsafi....
Berat mata memandang Berat lagi bahu yang memikul
Kisah seorang sahabat aku. Jika hendak dibandingkan usianya dengan aku memang selayaknya dia seorang Bapa. Dia seorang yang baik, penyayang & suami yang mithali (pd aku la...) ke mn sj pasti bersama. Sanggup berkorban apa sj agar isteri tercinta mencapai cita-citanya. Berapa ramai suami yang mampu melakukannya. Isteri menyambung pengajian bukan sj diperingkat Diploma & Ijazah pertama tapi telah memperolehi Master dlm bidang Kejuruteraan. Beliau mengantikan tugas isteri dlm menjaga anak-anak & rumah tangga. Berkat doa, usaha & dorongan suami tercinta, Alhamdulilah isteri beliau menjawat jawatan Jurutera. Anak-anak membesar dgn sempurna cukup kasih sayang & pendidikan diberi seiring kejayaan isteri.
Allah hanya menguji hamba-Nya yang benar-benar tabah sj. Pada Oktober 2011, si isteri jatuh sakit. Aku & rakan-rakan ada menziarahi beliau di GH. Agak sugul keadaannya. Tanpa disangka isteri beliau kembali ke Rahmatullah dlm masa seminggu di GH akibat Hepatitis B. Kabaran dr rakan-rakan yg menziarahi beliau pengsan dua tiga kali. Beliau mungkin berada dlm keadaan tertekan disamping mempunyai darah tinggi. 
Kelmarin tanpa disedari gurauan sahabat-sahabat membuat hati beliau tersentuh. Sedih kerana masih mengenang arwah isteri. Memang perit utk dihadapi, lebih-lebih lagi 3 orang dari 4 orang anak beliau disahkan positif Hepatitis B kerana arwah adalah pembawa. Beliau mengaku lately memang perasan emosi sering menghantui. Lebih-lebih lagi apabila pulang ke kampung, adik-beradik ramai berkumpul. Sedih melihat anak-anak yang tiada beribu.
Aku amat menginsafi keadaan ini. Jika salah seorang dr aku & suami yang pergi menghada Ilahi dlm masa terdekat ini, tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.

Wednesday, January 25, 2012

Lesung batu...

p/s aku pinjam pic ni dr googles nanti aku gantikan pic lesung batu aku punya.

CNY yg lepas aku & hubby macam tiada aktiviti. Perancangan awal mahu bercuti ke Pangkor tapi memandangkan musim hujan & ribut yang belum berkesudahan maka dibatalkan. Aku mengubah untuk jungle trekking di Bukit Larut lama aku tak jumpa air terjun yang comel dilaluan denai mendaki. Tapi terbatal juga disebabkan hujan denai mendaki mesti licin lagi membahayakan. Kalau nak mendaki ikut laluan jalan raya tiada masalah. Sekarang pun tengah musim tulip berbunga mekar.
Kami singgah ke "Super K" a.k.a Super Kinta shopping mall yang paling top dolu-dulu tapi sekarang dah lama berkubur. Bahagian bawah bangunan Super K ni...ada kedai-kedai menjual macam-macam barang. Harga pun murah sebab sewanyer murah.
Aku saja berbual kosong dgn hubby yang masih belum memiliki lesung batu. Hubby aku kata zaman orang pakai blender perlu lagi ke lesung batu. Pada aku perlu la...lagi-lagi apabila elektrik tiada. Dalam aku asyik di kedai bundle...hubby aku hilang dari pandang. Aku tak kisah pun mesti dia ke kedai kawan nya berdekatan situ juga.
hahaha...rupanya dia belikan aku lesung batu tapi cantik gile sayang aku nak guna comel. Harga yang tertulis RM28.00, mahalnye....kedekutkan aku ni. Tapi hubby aku beli dgn harga RM15.00 je...marble. serupa macam dalam gambar ni tapi corak je lain. Macam aku tak guna je...sebab lawa.

Monday, January 16, 2012

will meet you....

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu...
lalalala...........

sangat...sangat...sangat teruja kerana
gunung yang tersenarai dalam warisan UNESCO

“pendakian sekali seumur hidup”

huh bukan dalam perancangan asal tetapi memang suatu impian yang belum terlaksana. Tetiba pulak Kelab Sukan buat aktiviti 5D4N ke Sabah hehehe lagi-lagi apabila pihak KKRM sudi menaja sedikit kos kami. Program tersebut bukan la semata-mata untuk bershopping di KK tetapi mendaki Gunung Kinabalu (4,905.2 m) .
Aku pun dah tak tahu apa yang mahu dibeli lagi disana. Namun yang pasti udang kering & ikan bilis pasti aku bawa pulang. Agak lama aku mengidam untuk ke sini. Tapi tidak kesampaian kerana urusan pendaftaran mendaki Kinabalu mengambil masa yang
lama & sangat terhad. Peluang kali ni sememangnya tidak aku lepaskan kerana akan snorkeling di Pulau Manukan.

hehehe....lepas cuti CNY ni kena la trainning. Aktiviti stretching dimulakan dengan jalan kaki...




nota kaki :
TQ to hubby sbb IZINkan pergi menjalankan aktiviti rekeasi bersama rakan-rakan.

Gambar sumbangan dari googles...

Friday, January 13, 2012

Welcome 2012!

Cepat betul msa berlalu.Sedar-sedar dah mula 2012.
Banyak perkara tersasar dari perancangan aku. Tapi ALHAMDULILAH aku dah berkhidmat di tempat sendiri. Saham aku dgn Transnasional pun terbatal dengan sendirinya. Kita merancang Allah yg menentukan. Arwah Herry pergi meninggalkan keluarga aku pada 1st day aku memula kt tugas dipejabat baru. Kehilangan arwah memberi impak besar dlm keluarga aku. Sekaligus, banyak perancangan yg tergendala kerana proses menstabilkan emosi.

INSYAALLAH...aku akan pindah ke rumah baru yg x berapa baru tu. Sedikit sebanyak persiapan dh buat. Last week, aku dah setting out kedudukan perabut dlm bilik aku. hehehe....nak pasang fix wardrobe kena planning betul2 sbb dah tak boleh alih2 lepas ni. Meja bulat kopitiam aku tu pun dah keluar dari sarungnya. Mater air pun sudah dipasang buat kali ke 2. Before dah ada tapi kena curi , maklum la cooper a.k.a tembaga. Kali ni plumber masih pasang cooper pipe but it's ok for me tapi kena pasang metal casing+lockset. Kalu tak, confirm hilang lagi.....next entry aku akan cite pasal mcm mn dtg nye cooper pipe kt M'sia.

Wednesday, November 23, 2011

hard to let u go

huh...dibela salah di let go jdi serba salah....
aku syg gile dgn keta ni....perfect car pd aku la. kalu g picnic dlm keta arr port aku tido dgn penuh selesa tanpa gangguan nyamuk. dh jdi cam almari brgerak aku pn yea...smua keperluan utk over nite dlm 2 hari kira cukup la.
yea arr...keta ni kuar kilang thn 2005. Aku beli pn 2nd-hand pd thn Sept. 2008 condition msa tu mmg tiptop. mn sj aku x lejan keta ni....sejak aku posting ke Perlis tiap2 bulan khidmatnya dia perlukan. 2011 rezki aku utk posting blk kampung. keta pn mula buat hal.....
thn ni je aku dh spend lebih RM9K utk maintainance dia...keta import semua original part. hari ni repair part ni...pastu lain part lak yg meragam. pening aku.......
laki dh buat gile last saturday....gerak aku early morning ajak ke suatu lokasi.
huh ada ke patut ajak aku masuk show room VW.
ermmm....mmg aku minat keta ni tpi aku x mampu nk realise lg. byk lg komitmen lain perlu difikirkan. conclusion-nye....mmg x mungkin aku beli le....
VW Polo---> excellent & powerful car. love it!!!
salesman VW pn layan gak aku n husband w/pun kitaorg ni x de talent pn mcm nk beli. mamat cina tu siap offer test drive itu Polo.
it's cool hahaha....mmg best keta ni aku try bw. 1.2cc roadtax RM55.00 je...cc je kecik tpi laju....pickup x payah sembang arr. ada 4 air beg safety-nye...VW Golf ada 11 air beg. kagum jap sbb keta aku 2 airbeg je.
mmg aku dh duduk mcm berat je...nk kuar dr keta tu. bonet nmpak je mcm kontot tpi besa gak 3 lapis. D/payment RM10K ++, Booking RM5K, (0_~)V mthly RM1200.00.

ptg laki aku ajak lg kuar....kali ni kami ke showroom Toyota. erm...test drive Vios le apa lg. keta yg dlm raking jimat petrol. salesman VW pn kata Vios lebih jimat dr keta Honda. tpi x leh lawan VW Polo lg jimat. sbnr-nya aku lebih suka kan MPV. tpi MPV yg ada pn dh jahanam apa boleh buat. aku pn berdua je....bkn nye nk buat keta "prebet sapu" pn.hehehehe
aku x prnah ambk tau model baru keta toyota ni...ooo ada model baru rupanya.
aku x kuasa nk drive hubby aku je yg drive. komen aku boleh la....sbb hati aku masih pd carens buruk aku tu....
aku masih lg pk kn apa yg sepatutnya berlaku....

Tuesday, November 22, 2011

StreSS!!!

dh lama aku biarkan blog ni bersawang...

Audit SIRIM zone.....huh kekadang aku pening dgn org yg selalu buat kje gelabah ni. aku pn bkn nye senang hati sgt nk kena Audit atau pn mengAudit org. may b, sbb sikap aku yg steady n cool buat org lain fikir aku berada di comfort zone. huh...boss aku lak nk layan auditor SIRIM ni cam VIP.Beribu JKR kuar duit bayo diorg dtg kita lak sibuk2 nk sedia kemudahan lain.tolong arrrr.....Stress!

Aku ada sorang Pembantu Tadbir a.k.a Kerani....(sorry pd mereka yg menyandang post ni). Masalah nyer dia selalu je "ghaib"!
Stress sesgt2!!
10 staff cam ni mati aku...rasa aku nk ikat kaki dia kt meja je lps kje siap baru buka blk. dh seminggu aku x ckp dgn dia sbb geram dh sampai tahap x boleh nk cakap. dh main tggl nota je atas meja.

(T_T)'
last 2 week aku ada adopted anak kucing yg ditinggalkan maknyer. sedang aku cuci pinggan didapur mak mentua aku hujan punya le lebat terdengar tangisan si kecil tu. cari2 dicelah semak dh kuyup si comel tu. lps aku keringkn bulunye dia tertido. aku ajak hubby g petshop beli susu n botol susu. esk nye, aku bw dia g Vet...Dr kata dia sihat. Isnin nk g kje aku ambik pilihan tggal kn dia dirumah mak. mmg nyesal gila aku tgglkn dia disitu. Disangka si comel dpt tumpang kasih pd ibu2 yg ada rupanya aku silap. aku blk kje tgk bulu dia dh tercabut sbb dikerjakan oleh semut api. sian sgt2.....today dia dh mati x tau nk kata cam ne sedihnye aku.
Stress!!! sbb x dpt jaga dia dgn baik.

dh lama aku x jmpa Che Mong kucing kesygan aku.
hubby je selalu melawat dia tnpa bw aku. Stressnya....!!!! mesti dia pn rindukn aku.
Hubby kata dia x mau main kt rumput sprt selalu. Che Mong----garang, suka kejar kucing lain, lps mandi suka lepak atas bumbung keta sambil goyang2 kn ekor,semua org kata dia gemuk tpi dia x gemuk pn rangka je besar sbb dia baka Maine Coon. (~_~) miss u

Monday, April 18, 2011

kekadang trlintas....

jika dulu sering brharap 1+1=2
kemudian ingin pula 2+1=3
kini boleh x kalu berharap 2-1=1

kadangkala metaliti aku ni selalu melawan arus...tpi setiap keputusan yg telah diputuskan x mungkin dpt mengubah keadaan sbb ianya telah berlaku.