Friday, February 24, 2012

Ulu Chepor, Chepor

Mcm dah lama aku tidak ke Chepor.Last time pegi pun masa Una (classmate masa kat Teknik) belum kawin lagi. La ni dia pun dah preggy. Lama betul tak bermandi manda.....
Kali ni kami trekking.....keje giler kan bagi yg tau la rahsia tersirat kenapa aku keluar statement tu. Ahad mmg ramai pengunjung. Perkara pertama lepas membayar kepada JKKK Kg. Ulu Chepor kami juga maklumkan mereka tujuan trekking kami.
Dalam perjalanan kami jumpa 3 tiga group muda mudi berkelah di lokasi yg berasingan. Abaikan aktiviti mereka. Kami meneruskan trekking selama 30minit melalui "gerbang" batu kemudian menemui kesan binatang:babi hutan & tapak keturunan Cheq Mong (kucing aku) yg lebih besar.
Hati berdebar....hb ajak patah balik. Jika trekking ni di teruskan akan menuju ke lebuhraya PLUS.

Lokasi kami mandi sambil menikmati natures massage & bermain gelongsor
ni le "gerbang batu" yg aku maksudkan
Lepas mandi, kami bertemu dgn Pak Cik penjaga kawasan perkelahan Ulu Chepor ni. Jauh jugak Pak Cik ni membersihkan kawasan hingga ke tempat kami mandi. Hb bertanya selok belok hutan ni utk trekking lebih dlm. Nyata ada yg menarik tentang Ulu Chepor. Terdapat Empangan lama di bina pada zaman omputih dulu. TAPI tempat tu bahaya. Nyata guru silat tu....mengizinkan kami pergi tapi mcm tiada galakkan dr beliau aku rasa. Sbb bila aku minta beliau guider kami ke situ beliau tak mau. Ada cerita yg tersendiri. Perkampungan yg tidak dapat dilihat dgn mata kasar. Itu jawapan yg mampu aku ungkapankan. Teringat aku kisah arwah tok di yg pernah hilang dicelah semak pulang membawa telur rebus.


No comments: