Tuesday, May 22, 2012

RM10.00

Semalam seperti biasa 6.00 pagi aku sudah terjaga. kemas rumah & siapkan diri sepatutnya jadual hari bekerja aku. tapi disebabkan Jumaat mind-set nak cuti walaupun borang cuti tak diisi. hehehe tu la tabiat buruk aku masih memikirkan komitmen kerja. Boss aku pun tak de apa salahnya. Ini la masanya untuk aku berehat dari jadi 'patung cendana'. 

Cuti yang memenatkan aku. Tapi bukannya banyak keje yang aku buat pun selain mencuci baju & comforter yang mengguna 'maid' dari Jepun tu. Pastu menyiapkan kain baju kurung yang aku jahit untuk pakai jemputan kawin nanti...selebihnya tidur kepenatan & keletihan kerana cuaca sangat panas. 5.30 ptg sambil tunggu hubby balik aku keluar tengok peti surat. huh! penuh dengan iklan je...renovate rumah, paip tersumbat, nombor ekor pun ada & duit RM10.00 berlipat dua.

Membebel aku dalam hati...

"apahal pulak pakcik ni letak duit serak2 agak nya dia malas nak masuk kot tu yang tinggalkan duit makan dalam peti surat. hish...tak pernah umur dia buat perangai macam ni. bukannya dalam rumah takde benda aku nak makan"

Image Detail
hubby sampai dengan kuyupnye bersama 'kuda' merah dari Jepun. hujan diperjalanan tadi...memang kebiasaan disini hujan tak rata. lepas gelas berisi air berganti tangan aku tanya berkenaan duit RM10 tadi. Hubby kata takde....buat apa nak tinggalkan duit pulak makanan dalam freeze tak habis sehari makan pun. 

Habis tu sape punya keje ni...?
Sedekah? Macam tak layak kami menerima sedekah....
Cicir? Cukup duit dalam beg takde pulak kurang RM10.00
Bayar hutang? belum lagi aku bagi hutang RM10.00 lebih dari RM10.00 tu ada la....
Sudahnya...tak mau pening memikirkan RM10.00 hubby kata Jumaat nanti masuk dalam tabung masjid.


No comments: