Tuesday, May 29, 2012

Bukit Kinta, Ulu Geroh (Part I)

Penat bangat...sehingga mengambil keputusan untuk cuti rehat esoknya. Perbincangan ringkas antara aku & hb telah mencetuskan idea utk meredah hutan. Ulu Geroh,Gopeng jadi pilihan, kedamaian hutan di sana memang menambat hati aku.
Perjalanan dari Ipoh ke Gopeng tak jauh mana pun. Selepas keluar highway Gopeng ikut laluan kiri menuju ke Kg. Sg. Itek tak berapa jauh pun. Jalan kampung agak sempit. Pada yang suka Eco-Pelancongan amat sesuai.  
Gaharu Tea Plantation
Replika bunga Refflesia sebagai penunjuk arah
Antara penginapan yang disediakan di mygopengresort
Hutan Simpan Kekal Bukit Kinta, serius aku tak aspek pun denai Bukit Kinta macam tak dilalui orang. Tapi itu lah kenyataannya. Mujur kami mengupah pemandu arah dikalangan orang asli suku Semai disitu. Bukit yang terakhir dalam gambar kelihatan rendah je...orang asli tempatan menggelar Bukit Kinta ini sebagai Gunung Cantik. Ketinggian aku sendiri tak pasti...tapi maklumat topografi yang aku perolehi di laman sesawang lebih kurang 600m.
Permulaan denai ke Bukit Kinta.
Kenderaan boleh ditinggalkan berhampiran sini dengar bayaran kereta : RM1, motorsikal : 50sen
huh~lantai denainya yang licin dipenuhi dek daun-daun pokok hutan yang kering sehingga langsung tak nampak tanah. Kami cuma mengharapkan tanda laluan yang telah dibuat pendaki terdahulu saja. Kalau mengharapkan jejak memang tak kelihatan.

No comments: