Friday, May 18, 2012

cha chot chot @ LWOT

Lost World of Tambun (LWOT) dengan tiket RM45 + RM10 deposit = RM55 (Dewasa), destinasi Cuti-Cuti Malaysia pilihan kami sempena Tahun Melawat Perak 2012. hahaha...poyo je. Sebelum tu, aku & hubby shopping di Jaya Jucso, Kinta City untuk membeli kelengkapan untuk si kenit ni....wah... mujur ada SALES JCard Member's untuk kelengkapan sukan. So, si kenit dapat pelampung less 10% & sepasang swimsuit Schwarzenbach motif 'eskrem' dgn harga RM20.00 (N.P :RM89.90). Tapi kena alter sikit sebab pinggang si kecik ni ramping lagi. Jimat...jimat...so balances dari budget yg terlebih aku top-up dengan swimsuit muslimah aku. 

 
ready...opss!drypers forget to remove. patut la nampak tonggek je...
hahaha muka 'blur' je masa 1st time masuk dalam air. Muka cuba menafikan dia suka main air. May be, si kenit ni pelik selalu kalu main air tak bagi apa hal pulak letak dalam air.
Pool Petrol! She's quickly learn to play in the pool.dah mula pandai digerakkan kaki dalam air....
Nyaris lemas budak kecik ni... kerana meniru aksi aku menyelam masa main denganhya. Insiden berlaku semasa di kolam hot spring yg kedalaman > 2'. Aku bawa si kenit ni bertakteh dlm kolam. Semasa aku memandang ke arah tempat lain, ketika itu dia cuba menyelam. huh mujur aku pernah belajar basic CPR untuk baby masa kursus rescue di BOMBA Batu Pahat, Johor dulu. Actually, aku tak sempat nak fikir pun apa yang patut dilakukan semasa kejadian itu. Immediately response less then 3 second.
http://milliesays.files.wordpress.com/2008/04/choking-baby-technique.jpg?w=300&h=195

 Si kenit ni tak la sampai tidak sedarkan diri tapi sudah tertelan juga air kolam tu sampai terbatuk2. Aku terlungkupkan dia & tepuk belakang dia sehingga hilang batuk. Mcm tepuk belakang baby yg lepas menyusu tu tak mau baby muak.


Cha sampai tertido dalam pelampung sebab tak mau keluar dari kolam. Menyusu pun dalam kolam. Aku tak dapat stay di LWOT sampai petang sebab kena outstation ke Melaka. TQ pada Pakcik Harun (driver jabatan) yg sudi ambik aku di LWOT.


No comments: