Monday, January 7, 2013

TTC Journey (Part I)

Tetiba terdetik utk aku "menyerah diri" di LPPKN Ipoh, yg sepatutnya aku lakukan lebih setahun yang lepas. Sepatutnya lepas pertukaran aku ke Ipoh Mei 2011 aku sepatutnya menjalani semula rawatan dgn O & G di Ipoh tapi membuat keputusan utk tidak menjalani sebarang rawatan sehingga aku benar2 selesa dgn rawatan yg bakal aku tempuhi.

Selepas pendaftaran semula & ultrasound yg di buat oleh Dr.J, aku diminta membuat ujian darah sekali lagi utk FSH,LH pada D2-D5.....huh ni yg aku letih ni...sbb aku ni penakut. serius mmg aku takut jarum. siap pejam mata bagai kalau kena ambik darah. Tapi kali ni... Doktor yang ambik darah aku cekap & cermat or may be picagari yang digunakan canggih sikit kot tak perlu tarik macam ujian darah yang pernah aku lalui di GH masa suspek Denggi dulu. Tak meninggalkan kesan lembam.

D11 aku perlu melakukan Hysterosalpingogram (HSG). Lagi la seram je... bunyinya nak sebut pun dah terbelit-belit. Dari pembacaan aku dikatakan sakit seperti sengugut je. Aku pun tak boleh nak bayang sengugut tu macam mana sebab aku tak pernah sengugut yang teruk sampai cramp bagai. Aku redha je la menjalanji prosedur ni...bermuhasabah diri kejap, positive thinking~ betapa specialnya aku sehingga dapat melihat dan mengetahui struktur organ dalaman milik aku. Bukan semua orang boleh berpeluang melakukannya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0Yb00n4aAl4gUaEXk6RwtODO1taq7Oeh98_K1hhPtgu8xH1kw01r32T9wytzitXbxQU0Px7vA51JZQnSaCwR_OrQyjzTnYsKHt_hEs6OazHMTULWcLXOQnLKFhYEi6qIcNVEq59ZPUfbe/s320/hsg_1.jpg
Seram sejuk aku di lobby Radiologist, Perak Community Specialist Hospital. Apa pun aku tak makan takut punya pasal. Aku malas nak citer details procedurenya...apa-apa pun tujuan HSG ni dilakukan untuk mengesan tiub fallopio samada aku blocked atau tidak. Pastu ada la light spotting. erm..light ke? pengalaman aku light spotting dekat 5 hari gak la. Komen aku, sakit lagi menyakitkan. Alhamdulilah, result normal.

Erm...D21 aku kena buat ujian darah lagi. Kali ini untuk Progesterone levels. Macam biasa la...dah penakutkan aku masih lagi berdebar-debar sampai pejam-pejam mata. huh...tak suka tak suka. Walaupun tak la sakit sangat....cuma aku takut nak berpisah dengan darah aku secara tidak semulajadi. hehehehe........

Bulan depan aku ada appointment lagi Dr. J. Harap-harap semua ok. Tapi masa memula jumpa Dr.J lagi dia dah suggest pada hubby untuk aku buat Ovarian Drilling. Aku dah jangka....sebab ubat-ubat yang aku makan seolah-olah tidak bertindak balas. Huwah....ni lagi aku takut. Giler tak takut nama je minor operation, di tebuk 3 lubang. Tapi setiap ovari akan dilubang-lubangkan lebih kurang 20 lubang kot guna laser. Dah macam main golf jek... malas aku nak fikir.

No comments: