Monday, January 7, 2013

Travellog Mt. Kinabalu 14 July 2012 (Part III)

 "Kilometer Post"....perjalanan kami disambut baik dengan "hujan gunung" dan aliran air dari puncak....sejuk??? tentu arr udah dah suhu normal pun sejuk ditambah hujan. semakin tinggian pendakian semakin mencabar. beberapa kali terpaksa berehat kerana menggigil kesejukkan.
 Kami meninggal Shelter Kandis. Perjalanan diteruskan, berikutnya Shelter Ubah di KM1.5
10.30am...hujan renyai memberi salam pekenalan. Ni la salah satu sebab kenapa permit mendaki diperlukan. Atas gunung pun ada jamed ooo kumpulan kami terserempak dengan beberapa kumpulan lain dari Jepun dan Australia.
Dalam cuaca hujan renyai ni...memang membataskan pergerakan. Lecak dek air yang menuruni puncak. Mujur kasut dari jenis Gore-Tex, tak la serap kelembapan hingga ke dalam. Suhu dah la sejuk di tambah hujan, mau kecut jari-jari kaki aku. Bukan nak menunjuk beli kasut mahal tetapi ni la salah tips yang perlu dititik beratkan.
Next shelter is Lowii was at KM2.0. Cuaca sejuk dah tukar cakap Lon-don ke?
Aku tak berehat lama disini. hujan reda sikit...jadi tanpa berlegah perjalanan diteruskan dengan kederat yang tinggal. Kumpulan kami pun semakin berpecah. Dari ramai-ramai memula tadi dah terpecah 3 kumpulan. Pondok rehat seterusnya agak jauh...di KM3.5 Shelter Mempening. Memang pening pun sementara nak sampai.
Hujan mula turun lagi....so tips dari aku bawa la paling-paling pun 2 pasang rain coat. Beli yang tebal sikit yang aku g beli RM2 je nipis sangat mudah carik (koyak). Budget besar le beli rain coat yg ada thermal jadi sweater macam brand Columbia ke.
 Diperjalanan kami terserempak dengan beberapa potter yang memikul keperluan asas ke Laban Rata.
 Pikul tong gas tu...penuh bukan kosong ekkk
 yang ni pulak mountain guide yang mengambil upah pikul beg pendaki. Dah macam teritip je....
aku nak pikul 13kg pun fikir 10 kali. Sudahnya upah Felix gak... langkah paling selamat dari menyusahkan kawan-kawan.
Wanita ini...kalau tak silap aku dia membawa telur ayam ntah la bape biji dari pinggang sampai kepala telur yang disusun dalam papan.
Sisa keringat masih ada, kami putuskan tidak berhenti di Shelter Mempening meneruskan perjalanan ke Shelter Layang-layang di KM4.0. Shelter ni...sebelum persimpangan pertemuan trek dari Mesilau pada ketinggian 2,702m. Hampir separuh Gunung Kinabalu telah aku tawan.
12.45 pm masa open table bekal dari Kinabalu Park. Perut pun lapar gak....
Simpang pertemuan antara trek dari Timpohon Gate & Mesilau Gate
Hujan rasanya memang gembira meraikan kehadiran kami. Walau apa pun perjalanan ke Laban Rata tetap diteruskan. Saat dan detik ni la paling mencabar keupayaan diri dalam situasi kesejukan yang meletihkan dan lantai Gunung Kinabalu yang semakin licin. Berhati-hati adalah aspek keutamaan. Giler kau, dah spend lebih RM2K untuk pendakian ni... belum campur upah Felix pikul beg aku RM80. If injured sampai tak mampu meneruskan perjalanan kira kilo wei....
under 60kg pada ketinggian aras laut tertentu ada rate untuk potter pikul anda dengan selamat ke kaki gunung. Kalau yang tembam-tembam tu...sendiri mau ingatla ekk...
Aku terlupa berapa kos pikul orang namun yang pasti agak mahal juga. Tapi jika dibandingkan dengan keupayaan diri ketika itu RM bukan segalanya.
 Lapar? kurang la...sebab mulut asyik menguyah Sneaker, Cloud9 & Power Bar.
 Periuk kera, aku selesa panggil cawan ketek dalam bahasa jawa.
 wild orchid
Cantik kan... tapi aku masih menghormati dan menghargai flora ini. 
hahaha rasa macam nak bawa balik je...
 Ada 1.5km lagi perlu didaki untuk tidak di Laban Rata. Hujan semakin rancak. Jari-jari kaki mula terasa kebas dek kesejukkan. Terdapat dua shelter dihadapan iaitu Shelter Villosa & Paka. Pada ketinggian kami tinggal berlima sahaja. Aku & Linda setia bersama. Masih ramai dibelakang kami.
 
Langkah kami semakin perlahan. Boleh kata 30 langkah kami berhenti sambil menghirup udara segar sedalam-dalamnya. Kekurangan Oksigen semakin terasa. Trekking poles sangat berguna.
huwaaa....macam ni punya lecak kasut ada Gore-Tex pun basah. Dah macam mandi ais. Bibir dah kebiruan.
3.56 pm 
yea-yea kami dah sampai.... kumpulan kecil ke 2 yang tiba di Laban Rata baru, kami bermalam di Gunting Lagadan Hut lebih kurang 200m kalau tak silap aku la. Masih lagi ada sedikit pendakian.....
ni la suasana di Laban Rata, sekali lagi jamed akan berlaku apabila semua pendaki selamat tiba. Kasut? huh sesungguhnya basah. Apa lagi... Felix!!! upah keringkan kasut RM15 kalu tak silap aku.
Ini la Gunting Bin Lagadan
yang mana namanya terukir indah di Low's Peak. Gambar ni diframekan semasa Family Reunion keturunan Gunting Bin Lagadan pada 2011.

No comments: