Friday, January 11, 2013

Travellog Mt. Kinabalu 14 July 2012 (Part IV)

Laban Rata sampai sudah...
Masej alam sekitar yang perlu disemat dalam hati setiap yang bergelar manusia.
~ mendaki lagi ke Gunting Lagadan Hut
Kali ni ramai yang mengeluh, mana tidaknya perut dah penuh diisi. Tak sabar rasanya untuk "meluruskan" badan. Gunting Lagadan Hut no heater.
http://www.cuti.com.my/hotel/Hotelpages/Sabah/ranau/labanratapic/room_gunting.jpg
Bilik tak la besar memang sempit bangat lebih kurang ekkk 8'x8' dan dimuatkan 2 katil double decker yang disusun secara L. Tinggal la...sedikit clearance utk buka & tutup pintu, menetapkan begpack & rain coat. So,katil je space yang ada untuk keperluan peribadi. Mandi? fuhhh...giler kalau nak rasa mandi di puncak kinabalu boleh le...buat ais kiub then mandi ais subuh2 "Si Pie" around 5am. cam tu le rasanyer. Nak bersuci dari hadas kecil pun ngeri wei...
Tip dari aku lagi jangan lupa bawa wet tissue. Sekurang-kurangnya kalau tak mampu mandi pun boleh la lap badan dengan wet tissue. Sebelum tidur sekali lagi, pack and re-pack beg bawa yang penting je...kamera & handfone wajib yang lain-lain ikut suka la.
 Guess who is it?hehehehe....
Masa rehat kena merehatkan diri. Jangan nak gedik2....sebab 1am dah kena bangun. Diakui sememangnya susah nak melelapkan mata, tempat tak biasa suhu pulak sejuk menghampiri 7 darjah Celcius. Sudahnya tidur dengan pakaian lengkap untuk mendaki siap gloves cuma kasut je tak pakai.
Tip lagi....gloves yang dibeli biar la water proof kerana apabila basah tangan kebas menyukarkan semasa mendaki.
2am Felix & Taising dah menjengah dengan kasut-kasut hiking kami yang dikeringkan. Sarapan sepatutnya di Laban Rata Rest House. erm...minta maaf la kalau pepagi buta macam gini buah kurma, coklat & air mineral je menjadi sarapan kami berempat.
Pendakian ke Pondok Sayat-sayat hanya bermula jam 2.30am ikut giliran. Kami perlu tiba sebelum 5am di Pondok Sayat-sayat merupakan checkpoint untuk pendaki menyemak nama bagi sijil pendakian. Jika lewat... gate di Sayat-sayat akan ditutup tiada siapa dibenarkan mendaki. Kebiasaannya foreigner akan mendahului kita. Redha je...diorang kan besar walaupun umur muda.

No comments: