Friday, January 11, 2013

Travellog Mt. Kinabalu 15 July 2012 (Part V)

Pendakian dari Laban Rata ke Sayat-sayat memang menyeksakan 1km je pun. 10 langkah berhenti untuk bernyawa. Penjalanan kena "Q" sekali pandang seolah-olah puncak kinabalu TNB dah pasang street light hasil dari pencahayaan head lamp pendaki.

Felix memerhati kami agar semua selamat tiba di Sayat-sayat sebelum 5am.
 
ada "drama" pujuk memujuk. Pn. Tan dengan nekad tak mahu meneruskan pendakian kerana kesejukkan. Gloves yang digunakan telah basah. Beliau telah tiba lebih awal di Sayat-sayat dari kumpulan kecil kami. Suaminya telah jauh mendaki meninggalkan beliau. Selepas dipujuk akhirnya beliau meneruskan pendakian.
 
 Tip yang boleh dikongsikan bersama...kelengkapan peralatan perlulah sempurna.
Ketika ini aku sedang berfikir...bagaimanakah pemandangan apabila cerah nanti? Gelap memanglah berani tak nampak....
Akhirnya, telah tiba di KM8.0 jam 5.50am
~ sijil pendakian tidak berwarna dalam genggam sudah. hanya perlu berusaha untuk mencantikkan sijil sehingga ke Low's Peak.

No comments: